Botani Citrus australasica

Tumbuhan asasnya mencapai ketinggian antara 2 hingga 7 meter. Dedaunnya kecil; setiap helai daun berpermukaan licin dengan hujung yang lekuk dan melengkung ke arah dan berukuran 1 hingga 6 sentimeter panjang dan 3 hingga 25 mm lebar.[2] Bunga yang tumbuh berwarna putih dengan kelopak memanjang antara 6–9 mm (0.24–0.35 in).

Buah yang dihasilkan berbentuk silinder seakan jari yang memberi nama setempat kepadanya (finger lime, "limau jari") berukuran antara 4–8 cm (1.6–3.1 in) panjang, kadang-kadang sedikit melengkung; ia datang dalam pelbagai warna termasuk merah jambu dan hijau.[2] Isi buah terdiri daripada vesikel-vesikel sferikal yang halus.